Jenis-Jenis Kediaman Yang Sesuai Untuk Anda

Membeli rumah, terutamanya untuk generasi kini amatlah sukar dan senantiasa memberi cabaran kepada golongan pembeli. Pinjamam, keadaan semasa, keperluan ekonomi dan status seringkali memberi impak kepada keputusan pembelian kita.

Sebelum mengambil sebarang keputusan yang bakal ditanggungi selama 30 tahun atau lebih, pembeli haruslah bijak dalam memilih jenis kediaman yang sesuai dengan keperluan peribadi, bilangan penghuni dan sudah semestinya, peruntukkan wang masing-masing! Berikut adalah jenis-jenis kediaman popular serta kesesuaian mereka untuk para pembeli:



Winsor Estate 3 Storey Banglo RM 1,800,000

Banglo

Antara jenis kediaman paling mewah, banglo merupkan kediaman yang besar serta luas dan mempunyai pelbagai ciri-ciri mewah untuk penghuninya. Rata-rata jenis kediaman mewah seperti ini mempunyai lebih daripada tiga bilik di mana setiap bilik mempunyai bilik air tersendiri, keluasan yang besar terutamanya di ruang tamu dan ruang makan. Manakala, bahagian dapurnya dibahagikan kepada dua- dapur basah serta kering.

Jika anda tidak mempunyai sebarang masalah kewangan, bahkan anda dikategorikan sebagai golongan berada, jenis kediaman seperti ini amatlah sesuai terutamanya jika anda mempunyai anggota keluarga serta pembantu rumah! Harga Rumah jenis ini kalau di kawasan bandar biasa berada didalam 1 Juta! Luar Bandar didalam harga RM 500,000 keatas!


The Vista Apartment RM 268,000 - RM 318,000

Kondominium Mampu Milik

Bagi mereka yang bekerja dan mempunyai tahap kewangan yang sederhana, kondominium mampu milik dapat memenuhi keperluan anda. Mampu milik dalam konteks ini merujuk kepada kondominium-kondominium yang berharga di antara RM250,000 sehingga RM500,000. Terdapat banyak kondominium seperti ini di pasaran, baru mahupun yang sudah dijual beli.

Jika anda tidak berkahwin, anda boleh mengutamakan unit yang berbilik satu mahupun unit studio agar ianya mudah dijaga. Untuk keluarga bersaiz kecil, pilihlah unit yang mempunyai dua sehingga tiga buah bilik.

Pembeli boleh menikmati kemudahan-kemudahan yang tersedia ada seperti Kolam Renang, gim dan taman permainan. Malah, ada sesetengan kediaman seperti ini mempunyai dewan serba guna yang sesuai dijadikan lokasi untuk majlis keramaian sperti perkahwinan serta rumah terbuka perayaan.



Urban Residence From RM 878,000

Kondominium Mewah

Bagi mereka yang mempunyai peruntukkan yang besar dan ingin menduduki tempat kediaman bertingkat tinggi, kondominium mewah mungkin boleh dijadikan pilihan yang menarik. Kebanyakkan kondominium mewah kini berharga lebih daripada RM500,000.

Kebanyakkan unit-unit kondominium mewah sudahpun dilengkapi dengan perabot-perabot dan peralatan atau perkakas elektronik. Pembeli tidak perlu risau dan boleh berpindah dengan serta merta.

Malah kondominium mewah turut memberikan kemewahan daripada segi kemudahan seperti kolam renang infiniti, gim berteknologi terkini serta taman bertema ‘pocket garden’. Keselamatan sudah pasti terjamin dengan penggunaan pengawal-pengawal keselematan yang ramai serta penggunaan CCTV di setiap penjuru, di setiap tingkat.


Alyvia Residence From RM 625,000

Rumah Teres Bertingkat atau Berangkai (TownHouse)

Bagi mereka yang sudahpun berkeluarga, sudah semestinya kediaman bertanah menjadi pilihan utama. Keluasan jenis kediaman seperti ini pada amnya besar serta mempunyai bilik-bilik yang memadai untuk menampung ahli-ahli keluarga yang ada.

Malah, ramai menggemari jenis rumah teres atau berangkai kerana adanya kawasan lapang di sekitar kediaman tersebut untuk kegunaan keluarga seperti tempat bermain, menyidai pakaian dan dijadikan ruang untuk pakir kereta.

Harus diingatkan bahawa kebanyakkan rumah teres bertingkat atau berangkai yang mampu milik kini terletak di pinggiran kota. Bagi rumah-rumah yang berada di pusat bandaraya kini dianggarkan dalam RM 600,000 ringgit keatas terutamanya di kawasan seperti Tabuan Jaya, BDC, Stapok terutamanya di kawasan bandar.


Ingat, pastikan pilihan anda tepat dan bersesuaian dengan kehendak masing-masing. Jangan terlanjur membeli jenis kediaman yang luar daripada peruntukkan anda. Jangan jadikan rumah sebagai bebanan hutang anda!


Jika anda perlu bantuan untuk mencari rumah, Bolehlah hubungi saya di:

Eric Liew | REN 36049

0142885767

Affluence Properties

Kuching Property Explorer

For Renting or Selling service,  Please call/whatsapp us:

Kuching Real Estate, Kuching Properties

Design & Build by wierfind. For Design & Build Services Please Contact us.

Copyright 2021 Eric Liew. All Rights Reserved.